Senarai Laman Kendalian Saya Dan Deskripsi Tentangnya



a) Wordpress : Ini merupakan laman utama pengendalian saya. Penetapan aksesnya ialah tertutup melainkan hanya untuk beberapa orang yang terpilih. Perlu diberi perhatian bahawa mana-mana kemas kini penulisan akan didahulukan di Wordpress ini terlebih dahulu sebelum bahagian cawangan yang lain. Jika ada percanggahan penulisan pada cawangan dengan Wordpress, maka Wordpress akan didahulukan. Namun, saya akan cuba mengemas kini bahagian cawangan sepantas yang mungkin setelah selesai bahagian utama dengan menggunakan kaedah "Copy & Paste" pada penulisan tersebut.

 

http://yukioharuaki.wordpress.com/

 

b) Strikingly : Di sini mengumpulkan sebahagian penulisan-penulisan yang sudah ada di Wordpress yang dibuka kepada umum melihat kepada kesesuaiannya, tetapi sebahagiannya telah diubah kepada yang secara ikhtisar dan padat serta diubah dari sudut intonasi, pendekatan dan juga beberapa perkataan yang disesuaikan supaya dapat mengurangkan kadar kontroversi padanya. Penulisan yang mempunyai potensi kontroversi yang tinggi tidak akan dimasukkan di laman ini. Pembinaan laman ini boleh juga dapat dikatakan bahawa sebagai pintu gerbang untuk memahami secara asas kerangka fikir saya dalam sesuatu permasalahan. Penulisan ini juga sebagai pemansuhan penulisan-penulisan pada laman Wix yang saya tidak dapat kendalikan lagi disebabkan suatu masalah. Oleh itu mana-mana penulisan Wix yang bertentangan dengan laman ini, maka laman ini akan diambil pegangannya.

 

http://yukioharuaki.strikingly.com/

 

c) Edublogs : Laman ini mengumpulkan perkongsian artikel ilmiah yang saya pelajari dalam pelbagai aspek sama ada penulisan berbahasa melayu atau inggeris atau selain kedua-duanya. Pengumpulan ini memudahkan pencarian, ulangkaji dan rujukan semula apabila diperlukan. Tidak semua penulisan dan isi di dalamnya tidak mewakili pandangan saya, namun saya tetap menyimpannya dan membiarkannya tanpa apa-apa ulasan untuk tujuan tertentu agar tidak mengubah penulisan asal atau memplagiat penulisan orang lain. Laman ini sebagai komitmen saya agar untuk terus mempelajari apa sahaja bidang dan aspek ilmu serta memperluaskan pengetahuan dan memperdalam kefahaman tentang sesuatu ilmu supaya saya tidak menyibukkan diri untuk aktiviti yang tidak bermanfaat dan tidak hanya selesa dengan satu atau beberapa bidang pengetahuan.

 

http://yukioharuaki.edublogs.org/

 

d) Tumblr : Ini merupakan laman untuk saya bersosial yang berhubungan dengan hal-hal seksual seperti perkongsian video lucah, gambar pornografi dan beberapa wacana pemikiran saya yang berkaitan dengan seks secara khusus atau mungkin beberapa sisipan yang lain yang di luar kaitan dengan seks. Di sini tertumpu untuk sosial dan komunikasi dengan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab baku di samping untuk memahirkan bahasa asing yang saya pelajari. Sebahagian penulisan di sini diimport daripada Wordpress dan Strikingly yang sebahagiannya diterjemah kepada bahasa berlainan dengan hanya mengambil isi-isi yang penting sahaja sebagai sandaran justifikasi dalam tindakan saya sepanjang beraktiviti di Tumblr di samping berkongsi pengetahuan dan pemahaman tentang hal ehwal seksual. Keilmiahan dan santai tidak begitu ditekankan di sini. Dengan kata lain, di sini tidaklah seserius sepertimana kebiasaan perkongsian saya tentang sesuatu perkara, khususnya dalam penulisan ilmu.

 

https://ikmalharuaki.tumblr.com/

 

e) Lycos/Tripod : Laman ini memfokuskan pembelajaran peribadi saya yang berkaitan dengan ilmu seksologi secara ilmiah yang artikelnya didistribusikan bagi tujuan yang telah dinyatakan dalam laman tersebut. Ia menyentuh banyak aspek seperti falsafah, psikologi, sosiologi, kriminologi, perspektif, hiburan, biologi dan lain-lain kecuali apa-apa yang telah dinyatakan di Wordpress seperti fiqh dan beberapa lain yang berkaitan dengannya, maka itu tidak akan didistribusikan ke situ. Penulisan-penulisan ini tidak memihak kepada saya atau mana-mana pihak lain sepenuhnya kerana penulisan ini mengandungi pro dan kontra terhadapnya. Oleh itu, saya atau mana-mana pihak tidak terkait dengan pandangan, pendapat dan perspektif penulisan di dalamnya kerana ini laman yang membuktikan saya telah menelaah, mengkaji, meneliti dan membaca penulisan tersebut. Penulisan yang dimuatkan semata-mata untuk memudahkan pencarian saya pada masa akan datang jika diperlukan. Bahasa teknikal dan kebanyakan penggunaan bahasa pada penulisan ialah bahasa Inggeris memandangkan negara kita tidak begitu banyak membincangkan hal ini, namun penulisan berbahasa Melayu wujud di sini.

 

http://publish.lycos.com/yukioharuaki/

 

f) Blogger : Ini merupakan laman bagi mengumpulkan karya "Kama Sutra" versi Islam atau yang dinamakan "Kamma Sutara'" secara dalam talian. Di sini akan menjadi tempat wacana kerohanian seks dari sudut Islam dalam berorientasikan ekspresif dan informatif.  Laman ini akan membahaskan isu-isu seksual dari sudut banyak aspek khususnya yang mampu membantu diri dengan kerohanian. Laman ini juga memuatkan perbahasan fiqh yang diimport dari Wordpress supaya dapat melegakan para pembaca bahawa amalan tersebut sah di sisi syariat, di samping mendedahkan pandangan syariat tentang hal itu. Akan tetapi, laman ini tidak akan memuatkan ilmu dan isu-isu seksologi melainkan yang penting untuk praktik kerohanian Islam dan tema karya di laman ini, seterusnya mencapai seks yang sihat, sejahtera dan selamat. Pandangan saya tentang seksologi tersebut akan dimuatkan di sini dan ini membezakan antara yang diterbitkan di Tripod/Lycos dan laman ini kerana Tripod/Lycos tidak memberi gambaran yang jelas perspektif saya yang sebenar. Cuma, sekadar mengumpulkan maklumat yang saya belajar. Tetapi laman ini akan merupakan pandangan saya dalam hal tersebut.

 

https://yukioharuaki.blogspot.my/

 

h) Facebook : Laman jaringan untuk sosial dalam memerhatikan kehidupan harian manusia, medium interaksi dan komunikasi yang utama, memuatkan wacana ringkas dan lain-lain. Mana-mana sarana untuk berkomunikasi dengan saya, maka laman inilah akan menjadi pilihan utama bagi tujuan tersebut.  Saya ada dua akaun untuk Facebook. Yang utama ialah Yukio Haruaki dan yang sampingan ialah Syakilah Ikmal yang merupakan wahana untuk komentar terhadap penulisan saya dan penelitian dalam bentuk yang lain.

 

a) Yukio Haruaki : https://www.facebook.com/ikmal.haruaki.1

b) Syakilah Ikmalhttps://www.facebook.com/profile.php?id=100009317674618

 

i) Twitter - Laman sosial tambahan dan kemaskini setiap pos baharu saya di jaringan internet. Ini bukan media sosial yang utama untuk tujuan komunikasi kecuali atas dasar budi bicara saya.

 

https://twitter.com/ikmalharuaki

 

j) Jimdo : Ini laman buletin yang sekadar menghebahkan beberapa maklumat yang penting tentang diri saya, pengurusan laman dan aktiviti saya sepanjang di laman maya.

 

http://yukioharuaki.jimdo.com/