Peraturan Blogger Dan Wordpress Yang Wajib Diikuti



1. Tidak boleh membawa keluar mana-mana penulisan yang terkandung dalam laman ini di mana-mana tempat (seperti laman sosial, blog, kertas atau lain-lain tanpa kebenaran bertulis) dengan apa-apa cara seperti salinan semula, imbasan, fotografi dan lain-lain tanpa kebenaran pemilik laman ini.

 

2. Perkongsian yang dibenarkan hanya dengan cara menyertakan pautan Penempatan Sumber Semesta atau Universal Resource  Locations (URL) sahaja tanpa membawa keluar kandungan dalam laman ini.

 

3. Wajibnya taat perintah pemilik laman ini sama seperti wajibnya taat perintah pemilik rumah apabila disuruh pulang (Surah an-Nur ayat 28) kerana mereka termasuk Ulil Amri yang wajib ditaati. 

 

4. Barangsiapa yang menzalimi ketetapan pemilik ini, maka dia termasuk orang yang zalim. Tempat bagi yang zalim ialah neraka. Jaminlah kalian bahawa kalian bukan ahli neraka dengan melanggar perintah ini.

 

5. Tidak ada ketaatan pada selain pemilik laman ini pada urusan ini walaupun makruf. Jiran sama sekali tidak ada hak rumah yang bukan miliknya!

 

6. Jika ada sesiapa yang tidak bersetuju mana-mana kenyataan di sini, sila nyatakan secara terus kepada saya untuk keterangan dan perbincangan sebelum membuat pelanggaran mana-mana ketetapan ini.

 

7. Saya sudah beri alternatif untuk kalian menyelesaikan masalah kalian. Jika kalian ingin berbincang dahulu sebab kalian tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah sebelum menceroboh rumah, mengapa pula perlu melanggar ketetapan ini sebelum perbincangan terlebih dahulu?

 

8. Jika pemilik rumah seorang yang fasiq pun tetap tidak boleh menceroboh sesuka hati, mengapa kalian mencabul hak saya terhadap ini jika benar saya seorang fasiq di sisi kalian?

 

9. Jaminlah dia mampu terselamat dari neraka setelah menzalimi saya setelah saya cuba sedaya upaya untuk memberi hak kepada semua orang. Jika kalian dizalimi, bukan bermakna juga kalian boleh melanggar ketetapan. Sepertimana kalian tidak menceroboh rumah seseorang sesuka hati kerana kalian dizalimi, maka sebegitu juga dengan perkara ini.